Khas Untuk Kakitangan Kerajaan
Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi
Kadar serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja. Dapatkan pinjaman patuh Syariah yang khas untuk anda

Apakah tujuan Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi?
Kakitangan Awam? Pasti
Dapatkan pinjaman dengan cepat, mudah dan selamat. Khas untuk penjawat awam.
Pinjaman Peribadi? Setel
Loan peribadi untuk apa jua tujuan-perniagaan, perumahan, pendidikan, perubatan.
Rekod Kredit? Beres
Dapatkan kelayakan segera tanpa perlu dokumen. CCRIS, AKPK dan CTOS layak memohon.
Kelebihan Kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda
- Semakan Percuma
- Tidak Perlu Pengesahan Majikan
- 100% Dilindungi Oleh Takaful
- Blacklist CCRIS/CTOS Layak Memohon
Pinjaman & Koperasi Yang Tersedia
Kadar Serendah 6.65%

COSHARE
Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun

KOWARGA
Proses dan terima duit dalam tempoh 4 ke 5 hari

KOWARGA
Tidak tengok komitmen luar. CCRIS/CTOS layak.

RINGGITEASE
Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur 20 - 58 tahun
- Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih.
- Jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS/AKPK/CTOS layak mohon (untuk pinjaman koperasi terpilih)
- Tempoh pembiayaan dari 1 - 10 tahun




Soalan Lazim
Apakah itu pinjaman koperasi?
Pinjaman koperasi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Koperasi yang menawarkan pinjaman koperasi adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta 1993. Pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji melalui Biro ANGKASA . Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.
Apakah perbezaan antara pinjaman peribadi koperasi & pinjaman peribadi bank komersial?
- Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial yang menawarkan pilihan potongan gaji.
- Kriteria kredit: Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen luar tinggi, AKPK atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen luar tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
- Kadar faedah: Kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah daripada pinjaman bank komersial di mana kaedah bayaran balik untuk pinjaman bank adalah melalui ‘bank-in’ secara manual atau ‘auto debit’. Salah satu sebab kadar faedah pinjaman koperasi adalah lebih rendah kerana kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Selain itu, kadar faedah akan jadi yang paling rendah untuk pinjaman peribadi bank yang dilakukan melalui pemotongan gaji.
- Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
- Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.
Antara pinjaman peribadi bank dan koperasi, yang mana lebih sesuai untuk saya?
Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank dan pinjaman koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:
Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank jika:
- Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
- Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
- Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah
Sesuai untuk mohon pinjaman koperasi jika:
- Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
- Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji
Adakah pinjaman peribadi koperasi di Aurora Synergy patuh Syariah?
Ya, semua pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk penjawat awam di platform Aurora Synergy adalah berkonsep Syariah.
Apakah antara sebab-sebab untuk mohon pinjaman bank dan koperasi?
Pinjaman peribadi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.
Anda boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.
Berapa amaun yang saya boleh pinjam dengan pinjaman bank dan koperasi?
Amaun yang anda layak untuk pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan anda, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM250,000 bergantung pada institusi kewangan.
Namun, bayaran balik untuk pinjaman bank dan koperasi adalah melalui potongan gaji, di mana pemotongan maksimum yang dibenarkan dalam slip gaji anda adalah 60%. Oleh itu, anda hanya layak mohon pinjaman koperasi jika potongan tidak melebihi 60%.
Apakah syarat kelayakan untuk mohon pinjaman peribadi bank dan koperasi?
Anda layak untuk mohon pinjaman peribadi koperasi jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan:
- Warganegara Malaysia berumur 20 sehingga 58 tahun
- Ada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 3 bulan berkhidmat di sektor kerajaan
- Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500
- Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk mohon pinjaman bank dan koperasi?
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan (MyKad) (depan dan belakang)
- 3 bulan slip gaji terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini (transaksi gaji bulanan dikreditkan).
Adakah pinjaman peribadi koperasi ini menawarkan kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung?
Kebanyakkan pinjaman peribadi koperasi di Aurora Synergy menawarkan kadar faedah tetap, di mana ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan tanpa mengambil kira perubahan terhadap kadar asas oleh Bank Negara.
Adakah saya perlu menyediakan apa-apa cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman peribadi?
Pinjaman peribadi adalah satu jenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan apa-apa cagaran atau penjamin untuk memohon pinjaman koperasi melalui Aurora Synergy.
Boleh saya membuat pinjaman overlap ke atas pinjaman sedia ada?
Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.
Berapa lama proses permohonan pinjaman peribadi bank dan koperasi?
Kelulusan pinjaman peribadi bank dan koperasi secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu. Ini bergantung pada bank dan koperasi tertentu. Sebagai contoh, Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis menawarkan pembiayaan secepat 2 hari bekerja manakala pinjaman Kuwait Finance, Public Bank, MBSB dan Coopbank Pertama adalah sekitar 1-2 minggu.
Boleh saya buat penyelesaian awal untuk pinjaman peribadi bank dan koperasi?
Ya, anda boleh membuat penyelesaian awal untuk pinjaman peribadi bank dan koperasi. Kebanyakkan bank dan koperasi menawarkan rebat untuk penyelesaian awal.
Bagaimana saya boleh mohon untuk pinjaman bank dan koperasi secara online?
Proses memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi adalah sangat mudah. Semak kelayakan anda melalui platform kami dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon pinjaman bank dan koperasi, dan semak kelayakan anda secara 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan.